Anda di sini

Kesatuan budaya perlu dipertahankan

Advertisement
GIMIK perasmian sambutan Pesta Kaamatan berkenaan.
GIMIK perasmian sambutan Pesta Kaamatan berkenaan.

TAMBUNAN: Kesatuan budaya di kalangan masyarakat Sabah yang masih utuh sehingga ke hari ini perlu dipertahankan dan dikekalkan.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata, ini jelas walaupun berlainan bangsa, agama dan budaya namun masih mengamalkan perpaduan yang erat, bertoleransi, mencintai adat budaya, keamanan dan hormat menghormati antara satu sama lain.

“Ini yang menarik dan keunikan budaya ini perlu dibanggakan dan dikekalkan walaupun terdapat anasir-anasir jahat yang cuba untuk menyemai benih-benih kebencian melalui pelbagai medium,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Pesta Kaamatan peringkat daerah Tambunan di Pisompuruan Square, di sini.            `

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Haji Muis Haji Picho.

Peter menyeru kepada rakyat  negeri ini  agar dapat mempertahankan keharmonian ini kerana melalui amalan kehidupan inilah mereka mampu untuk terus membangun dari pelbagai aspek termasuk memastikan adat  budaya tradisional warisan turun temurun terus terpelihara.

Peter berkata, perayaan Pesta Kaamatan menjadi landasan terbaik kepada masyarakat ini untuk mendedahkan serta menonjolkan kekayaan  kesenian dan kebudayaan masyarakat Kadazan Dusun kerana warisan kebudayaan adalah aset yang amat  berharga dan tiada nilai gantinya.

Katanya, warisan kebudayaan  perlu dijaga sebaik mungkin kerana warisan inilah yang  mencerminkan sesuatu kaum.

"Hilangnya warisan bermakna hilanglah identiti kaum tersebut," tegasnya.

Advertisement