Anda di sini

Juruteknik ditahan ugut bunuh guna samurai

Advertisement
SUSPEK ditahan reman dan pedang samurai yang dirampas.
SUSPEK ditahan reman dan pedang samurai yang dirampas.

LAHAD DATU: Seorang juruteknik rawatan air ditahan polis selepas bertindak agresif mengugut mahu membunuh ibu, isteri dan ahli keluarganya menggunakan pedang samurai, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kejadian berlaku di Taman Pertama Satu pada Khamis jam 9 malam yang berpunca dari pertengkaran selepas isteri suspek menemui sebuah beg tangan wanita.

"Pertengkaran yang berlaku itu telah didengar ibu suspek lalu dia masuk campur.

"Suspek menjadi marah dan bertindak agresif dengan mengambil pedang samurai dari bahagian dapur lalu mengugut bunuh," katanya dalam kenyataan yang dikongsi di sini pada Sabtu.

Isteri suspek bagaimanapun berjaya meredakan kemarahan dan merampas senjata tersebut.

Ibu suspek yang berasa terancam telah membuat laporan polis jam 10.38 malam dan suspek kemudian tampil lalu ditahan reman empat hari.

Pedang samurai turut dirampas untuk siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement