Anda di sini

John Hunter serlah bakat dalam sukan golf 

Advertisement
John (tiga kiri) bersalam dengan jurulatih, Edward Jamid Unting sambil disaksikan penasihat pasukan Sarawak, Lukas Kalang Laeng (tiga kiri) dan barisan jurulatih lain semasa sesi latihan malam kelmarin.
John (tiga kiri) bersalam dengan jurulatih, Edward Jamid Unting sambil disaksikan penasihat pasukan Sarawak, Lukas Kalang Laeng dan barisan jurulatih lain semasa sesi latihan malam Khamis.

KUCHING: Bekas pemain lagenda Sarawak era 90-an, John Hunter yang sedang bercuti di sini sempat meluangkan masa bermain golf di Damai Golf and Country Club (DGCC) semalam.

Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh berkata beliau cukup teruja kerana berpeluang bertemu dengan John selain merakamkan penghargaan kepada beliau kerana membawa rakannya bersama bermain di kelab itu.

Katanya, John dan rakannya mendengar mengenai DGCC menerusi laporan akhbar selepas kelab itu dipilih sebagai tuan rumah Jelajah Pembangunan Asia dan Jelajah Asia (AT) yang turut disertai beberapa pemain dari Australia.

“Beliau (John) boleh bermain golf dengan baik dan kita sangat gembira melihatnya menikmati permainan di DGCC bersama rakan-rakan beliau yang juga julung kali datang ke kelab ini. 

“Sudah tentu, kita mengharapkan beliau datang lagi dan bermain di sini di masa akan datang,” menurut Roslan.

John sempat melawat sesi latihan pasukan Sarawak di Stadium Negeri sambil memberi kata-kata semangat kepada pemain sebelum berlepas untuk menentang UiTM FC malam ini.

Beliau dan rakannya juga dijadual melawat Kampung Budaya Sarawak, Santubong pada petang ini sebelum kembali ke tanah air Isnin nanti.

Nama John Hunter cukup sinonim dalam kalangan peminat bola sepak tempatan selepas membantu Sarawak menjulang Piala FA pada 1992 ketika menyertai Ngap Sayot dari 1991 hingga 1995.

  • oleh
  • Advertisement