Anda di sini

Cef Fazley bertemu pelanggan di Peppers Cafe Hotel Promenade Bintulu

Advertisement
 Cef Fazley bertemu secara peribadi dengan para pelanggan pada sesi ‘Meet & Greet’ di Peppers Cafe Hotel Promenade, Bintulu petang kelmarin.
UNTUK KENANGAN: Cef Fazley bertemu secara peribadi dengan para pelanggan pada sesi ‘Meet & Greet’ di Peppers Cafe Hotel Promenade, Bintulu petang kelmarin.

BINTULU: Cef selebriti Datuk Fazley Yaakob hadir bertemu dengan para pelanggan pada sesi ‘Meet & Greet’ dan majlis berbuka puasa dengan sajian menu dari Negeri Sembilan ‘From Rembau to Bintulu’ di Peppers Cafe Hotel Promenade Bintulu, petang kelmarin.

Penampilan istimewa Cef Fazley itu adalah sempena promosi makanan From Rembau to Bintulu di Peppers Cafe sepanjang bulan Ramadan serta untuk memperkenalkan sajian istimewa Cef Fazley serta sajian ‘signature’ Peppers Cafe di hotel terbabit.

Acara membabitkan acara bersuai kenal dan merakam gambar bersama Cef Fazley selepas berbuka puasa.

Cef Fazley merupakan pemilik dan pengasas serta Cef Eksekutif SukaSucre Bistro dengan skop menunya ‘From Rembau to Paris’. Tema untuk Bazar Ramadan di Peppers Cafe adalah ‘From Rembau to Bintulu’ yang diinspirasikan oleh Fazley SukaSucre Bisto: From Rembau to Paris yang memenangi anugerah restoran keluarga.

Cef Fazley yang berasal dari Negeri Sembilan menyenaraikan beberapa sajian signature yang dihasilnya iaitu Kepak Ayam Sambal Minang, Kerabu Daging Salai, Salted Egg Yolk Cream Pasta, Daging Salai Lemak Cili Api dengan Mangga Muda, Rendang Daging Minang, Ayam Pop Sambal Hijau dan Udang Salai Lemak Cili Api dengan Ikan Masin.

Bahagian Makanan Laut Salai dengan lima perasa sos terdiri daripada Sambal Hijau, Sambal Merah, Sambal Minang, Sambal Kicap dan Sambal Asam.

Kesemua sajian makanan itu khusus disediakan di Peppers Cafe Bazar Ramadan sepanjang bulan Ramadan.

Penampilan Cef Fazley di Hotel Promenade Bintulu susulan dua kejayaan yang dicapai melalui kerjasama dengan cef selebriti Florence Dapur Nyonya dan cef selebriti Ismail Dapur Berapi sepanjang Ramadan di Promenade Cafe Hotel Promenade Kota Kinabalu dan Hotel Promenade & Resort.

Bercakap semasa mempersembahkan sajian istimewa ‘Sweet Table’ berupa makanan pencuci mulut di hotel terbabit pada 25 April lepas Cef Fazley berkata, sajian yang beliau sediakan di Hotel Promenade Bintulu adalah makanan-makanan yang dijaga kualitinya dan menu-menunya juga menarik.

“Selalunya untuk makan masakan saya perlu ke Semenanjung Malaysia tetapi sekarang ada pilihan kepada para pelanggan untuk menjamu di Hotel Promenade Bintulu atau  ke Hotel Promenade Kota Kinabalu,” katanya.

Program dan majlis berbuka puasa itu turut dihadiri oleh Pengarah Kumpulan Jualan dan Pemasaran Promenade Hotel Sdn Bhd Anita Chung.

Advertisement