Anda di sini

15 rumah terbakar di Kg Tembovo, Ketiau

Advertisement
ANGGOTA bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba.
ANGGOTA bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera bomba.

PENAMPANG: Sejumlah 15 buah rumah musnah terbakar di Kampung Tembovo Ketiau di sini jam 3.55 petang tadi.

Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Penampang John Radsung berkata, panggilan kecemasan diterima jam 3.59 petang sebelum menggegaskan sepasukan anggota ke lokasi.

Katanya, seramai 18 anggota termasuk balai bantuan dari BBP Kota Kinabalu bersama empat jentera bagi menjalankan operasi pemadaman dan penyelamatan.

“Semasa kedatangan anggota bomba di lokasi, kebakaran sudah memusnahkan 15 buah rumah jenis tidak kekal seluas 10X20 kaki persegi setiap satu.

“Kedudukan rumah yang dibina dalam keadaan rapat antara satu sama lain adalah faktor yang mempercepatkan api merebak dari satu rumah ke rumah lain,” katanya.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal jam 4.40 petang dan tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan lima rumah lain dari musnah terbakar.

Katanya, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kes ini dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement