Anda di sini

Protes ‘mempertahankan pendidikan’ gegar Brazil

Advertisement

RIO DE JANEIRO: Puluhan ribu pelajar dan guru menunjuk perasaan di seluruh Brazil untuk “mempertahankan pendidikan” kelmarin sebagai tindak balas kepada beberapa pemotongan bajet yang di-umumkan oleh kerajaan Pre

 Orang ramai menunjuk perasaan untuk membantah beberapa pemotongan bajet yang diumumkan oleh kerajaan Bolsonaro di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters
TIDAK SETUJU: Orang ramai menunjuk perasaan untuk membantah beberapa pemotongan bajet yang diumumkan oleh kerajaan Bolsonaro di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters

siden Jair Bolsonaro.

Kelas digantung di universiti persekutuan dan sekolah menengah di 27 negeri di Brazil dalam tunjuk perasaan seluruh negara yang pertama menentang presiden haluan kanan itu sejak beliau memegang kuasa pada 1 Januari lalu.

Penunjuk perasaan memenuhi lebuh di kota-kota terbesar di Brazil termasuk Sao Paulo, Rio de Janeiro dan Belo Horizonte, dalam perarakan yang perlahan-lahan berkembang ketika masa berlalu.

Pemotongan bajet me-maparkan pengurangan se-banyak 30 peratus dalam subsidi yang dibayar kepada universiti milik kerajaan.

Bolsonaro mengecam penunjuk perasaan sebagai “orang dungu berguna yang dimanipulasi golongan minoriti pakar yang merupakan nadi universiti persekutuan di Brazil”.

Beliau menuduh puak militan haluan kiri menghasut tunjuk perasaan.

Bercakap dari Texas – di mana beliau menerima anugerah dari Dewan Perdaga-ngan AS-Brazil – Bolsonaro mempertahankan dasar pendidikannya, dan berkata beliau mewarisi “negara Brazil yang musnah dari segi ekonomi”.

Beliau menambah pemoto-ngan bajet yang perlu adalah “lebih rendah berbanding ramalan”.

Kira-kira 15,000 penunjuk perasaan berarak di ibu negara Brasilia, manakala 20,000 mengambil bahagian dalam demonstrasi di kota utara Belem, menurut polis.

Penganjur berkata 70,000 orang berarak di kubu kuat haluan kiri Salvador di bahagian timur laut.

Insiden terpencil dilaporkan. Polis menggunakan gas pemedih mata untuk me-leraikan penunjuk perasaan di kota selatan Porto Alegre, dan sebuah bas dibakar pada hujung perarakan di Rio.

“Saya ada ijazah sarjana dan ijazah pasca doktor falsafah dalam tenaga. Jika ada orang dungu dalam cerita ini, ia bukan saya,” kata Mariana Moura, seorang penunjuk perasaan berusia 38 tahun di Sao Paulo, yang marah dengan kritikan Bolsonaro.

“Tanpa sains, tidak ada ke-sihatan mahupun pekerjaan. Kami di sini untuk berjuang demi Brazil dan terus menghasilkan ilmu pengetahuan. Tanpa wang, tidak ada ilmu pengetahuan,” kata Moura, seorang penyelidik.

“Malangnya, pendidikan bukan satu keutamaan. Itulah sebabnya kenapa saya di sini pada hari ini untuk berjuang demi pendidikan awam,” kata Alessandra Roscoe, seorang penulis, ketika dia menyertai tunjuk perasaan di Brasilia.

“Kelas pada hari ini diada-kan di lebuh,” kata satu panji di Rio. Penunjuk perasaan melaung: “Sama ada hentikan pemotongan atau kami henti-kan Brazil.”

Penganjur menganggarkan seramai 150,000 orang telah memenuhi lebuh dalam demonstrasi besar-besaran di Sao Paulo, ibu kota ekonomi dan bandar raya terbesar di Brazil, di mana penunjuk perasaan melaungkan slogan: “Buku Ya, Senjata Tidak.”

Menteri Pendidikan Abra-ham Weintraub – yang men-cetuskan tunjuk perasaan de-ngan memotong subsidi universiti persekutuan – terpaksa mempertahankan dasarnya dalam Kongres.

Weintraub mendakwa ke-rajaan “tidak bertanggung-           jawab bagi bencana pendidikan asas di Brazil”.

Beliau memberi amaran “autonomi universiti bukan kedaulatan. Universiti mesti menghormati undang-undang”.

Sejak beliau memegang jawatan presiden, Bolsonaro telah melancarkan kempen ideologi untuk menggalakkan nilai dan idea ultra-konservatif, dan memadamkan sebarang kesan kerajaan Parti Pekerja berhaluan kiri pada 2003-2016 – termasuk apa yang beliau sebut sebagai “Marxisme kebudayaan” – dari bilik kelas.

Eduardo Bolsonaro, seorang daripada tiga anak presiden itu yang menjadi penggubal undang-undang, menuduh Parti Pekerja mendalangi tunjuk perasaan jalanan besar-besaran kelmarin.

Beberapa ketua pegawai pendidikan mendakwa pemotongan bajet itu akan menjejaskan keupayaan universiti persekutuan untuk beroperasi dan mengancam untuk melumpuhkannya.

Penggantungan mengejut ke atas pembiayaan bagi biasiswa ijazah doktor falsafah dan ijazah sarjana dalam sains dan sains manusia pada minggu lepas telah menyalakan api kemarahan. — AFP

Advertisement