Anda di sini

Pemerhatian mental terhadap Alister dilanjut sebulan

Advertisement
 Alister diiringi pegawai penjara di lobi mahkamah semalam.
LAPORAN BELUM SIAP: Alister diiringi pegawai penjara di lobi mahkamah semalam.

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini semalam melanjutkan tempoh pemerhatian mental terhadap Alister Cogia, 22, selama sebulan kerana laporan mental daripada psikiatri belum siap.

Hakim Azhahari Kamal Ramli kemudiannya menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh sebutan, juga untuk pemaparan laporan penuh daripada psikiatri.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Musli Abdul Hamid, manakala tertuduh diwakili oleh peguam Francis Teron, Desmond Kho dan Jeffery Mok.  

Terdahulu, Hakim Azhahari mengeluarkan perintah untuk meletakkan Alister di bawah pemerhatian Hospital Sentosa sejak 13 Mac lepas untuk mengawasi kesihatan mentalnya.

Manakala pada 16 April lepas, hakim melanjutkan lagi tempoh pemerhatian selama sebulan berikutan laporan mental tertuduh belum siap.

Alister sebelum ini dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM50,000 atas pertuduhan menghina Nabi Muhammad SAW menerusi akaun ‘Ayea Yea’ iaitu akaun Facebook miliknya.

Hukuman tersebut menarik perhatian pelbagai pihak sehingga ada yang memohon semakan semula kes kerana dikhuatiri Alister berdepan masalah mental.

Advertisement