Anda di sini

Lelaki didakwa rogol gadis OKU

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun didakwa merogol seorang gadis bawah umur kelainan upaya (OKU) pada tahun lalu.

Bagaimanapun Richard@Rich Jani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 376 (2)(K) Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun, pada waktu kejadian yang mana diketahuinya mengenai kecacatan mental yang dialami mangsa.

Kesalahan dilakukan pada 25 Februari tahun lalu jam 1 petang di sebuah rumah kampung di Penampang.

Jika didapati bersalah atas pertuduhan terbabit, tertuduh boleh dikenakan penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun dan sebat.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan pengurusan kes pada 27 Jun dan tarikh perbicaraan pada 14 hingga 15 Oktober ke atas tertuduh.

Sehingga menunggu kes selesai, mahkamah membenarkan ikat jamin diberikan kepada Richard sebanyak RM8,000 dicagarkan seorang penjamin tempatan.

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis terdekat sekali dalam sebulan.

Timbalan Pendakwaraya Rustam Sanip mewakili pihak pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement