Anda di sini

Etnik Revolution lancar muzik video ‘Cai Cer Ruai’ di Sibu, 24 Mei ini

Advertisement
 Etnik Revolution akan melancarkan muzik video ‘Cai Cer Ruai’ di Sibu pada 24 Mei.
TEMUI KAMI: Etnik Revolution akan melancarkan muzik video ‘Cai Cer Ruai’ di Sibu pada 24 Mei.

ETNIK Revolution (ER) akan melancarkan muzik video single pertama mereka berjudul ‘Cai Cer Ruai’ bertempat di Mak Borneo Smokehouse (De’ Vulture Cafe) di Sibu pada 24 Mei ini bermula jam 7 hingga 10 malam.

Menurut Pengurus Kru ER Peter Aaron Wee, muzik video berdurasi selama 4 minit 59 saat itu telah dihasilkan dengan sentuhan berteknologi tinggi oleh seorang pakar yang sangat dikenali iaitu Braden Tiong dari Tempting Heart Of Borneo Studio.

“Penggambaran telah dijalankan pada 20 April lepas di dua lokasi iaitu di Pasai Siong Ili dan Bawang Assan di Sibu.

“Kami dalam penggambaran ini memilih lokasi hutan yang meliputi alam semulajadi yang sesuai dengan tema muzik kami iaitu ‘Feel The Rhythm Of Rainforest Music’,” jelasnya kepada pemberita di sini, semalam.

Peter berkata, ‘Cai Cer Ruai’ ini mengisahkan tentang lagu siulan budak-budak Dayak ketika di rumah panjang pada masa dahulu yang kini kian dilupakan.

“Itulah keunikan ER yang memilih lagu tersebut sebagai bahan pertama untuk dibuat muzik video bagi kami mempelbagaikan rentak muzik yang lebih kepada muzik tradisional komtemporari,” jelasnya.

Justeru, beliau menjem-put semua masyarakat setempat untuk datang beramai-ramai pada majlis pelancaran itu bagi memberikan sokongan kepada mereka dalam mengangkat muzik tradisional komtemporari.

“Jangan lepaskan peluang bersama kami pada malam tersebut kerana kami ada membuat persembahan dan lebih-lebih lagi akan menghangatkan lagi bahang sambutan Gawai Dayak dengan petikan sape dan sebagainya,” tambah beliau lagi.

Untuk rekod, ER pernah mengungguli Borneo Talent Awards (BTA) pada 2013 di Sibu, menjuarai Waterfront Music Fest 2018 (Kuching) dan pernah diundang membuat persembahan di Xiamen, Fuzhou di China pada 2012 pada Program Delegasi Pertukaran Budaya Malaysia-China.

ER ditubuhkan pada November 2011 yang menampilkan tiga adik-beradik iaitu Robin Albert Bennet selaku pemain Sape/Seruling, Hendry Albert Bennet (gitar bass) dan Harriecthmond Albert Bennet (gitar akustik).

Selain itu, anggota yang lain ialah Wat Ngelai Juan (Cajon/Dram Floor Tom), Peter (Vokalis) dan Watt Zack (Media and Rainforest Sound Effect).

Sebarang pertanyaan lanjut diminta menghubungi Peter di talian 019-8486968 atau Lau (019-8161166).

  • oleh
  • Advertisement