Anda di sini

‘Bomoh’ dari China mengaku tidak bersalah menipu dua warga emas

Advertisement
 Wei dibawa ke mahkamah bagi menghadapi dua pertuduhan menipu.
NAFI: Wei dibawa ke mahkamah bagi menghadapi dua pertuduhan menipu.

SIBU: Seorang ‘bomoh’ wanita warga China yang ditahan 12 Mei lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan menipu.

Wei Xiao Ling, 46, didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan dengan sebatan dan denda jika sabit dengan kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin dan menetapkan 30 Mei dan 17 Jun ini sebagai tarikh pengurusan kes.

Mengikut pertuduhan pertama, Wei didakwa menipu seorang wanita berumur 63 tahun di belakang sebuah pusat perubatan swasta di Jalan Pedada pada 9 Mac 2019.

Tertuduh didakwa memperdayakan mangsa untuk menyerahkan seutas rantai emas, tiga utas gelang emas, tiga bentuk cincin emas dan dua pasang subang emas.

Kesemua barang kemas itu yang dimasukkan ke dalam sebuah beg tangan kemudian diserahkan kepada tertuduh bagi tujuan membuang bala.

Mangsa berbuat demikian setelah diperdayakan oleh tertuduh bahawa anak sulung lelaki mangsa akan mati pada jam 5 petang.

Tertuduh kemudian menawarkan diri membantu mangsa untuk mengadakan upacara sembahayang bagi membuang bala serta menyelamatkan anak lelaki mangsa.

Bagi pertuduhan kedua, Wei yang berasal dari Guangxi, China didakwa menipu seorang lagi wanita berumur 55 tahun untuk menyerahkan wang tunai RM3,500 dan satu loket emas.

Advertisement