Anda di sini

Pusat Perkhidmatan Nangka bantu peniaga bazar Ramadan

Advertisement

SIBU: Pusat Perkhidmatan Nangka telah menyumbang sebanyak RM36,000 bagi membantu 65 peniaga di gerai Bazar Ramadan Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa II, di sini beroperasi.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata, sumbangan tersebut akan digunakan untuk membayar kos mendirikan kanopi serta sewa kepada Majlis Perbandaran Sibu (MPS).

“Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka memandangkan keadaan ekonomi semasa. Mereka (peniaga) juga ada memberitahu saya bahawa harga barang naik sedikit pada tahun ini tetapi pengunjung tetap ramai datang berkunjung ke gerai mereka,” ujarnya ketika ditemui semasa mengunjungi bazar Ramadan berkenaan kelmarin.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi serta Ahli Dewan Unda-ngan Negeri (ADUN) Nangka turut menyerahkan lebih 200 apron kepada peniaga di bazar berkenaan.

Beliau berkata, setiap gerai diberi empat helai apron.

“Peniaga harus menggunakan apron terbabit supaya mereka sentiasa kelihatan bersih dan ini akan membuatkan lebih ramai pelanggan datang berkunjung,” ujarnya.

Selain itu, Dr Annuar turut memberitahu bahawa Jabatan Kesihatan turut membuka pusat perkhidmatan di bazar berkenaan bagi memudahkan mereka memantau situasi kebersihan di setiap gerai.

“Orang ramai juga boleh menge-     mukakan aduan mengenai kualiti makanan kepada kakitangan Jabatan Kesihatan yang ditempatkan di sini,” katanya.

Menyentuh mengenai program ‘Ber-ambeh Sungkei’ atau acara berbuka puasa pada Sabtu ini di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I, Dr Annuar sekali lagi menjemput orang ramai tanpa mengira latar belakang agama dan kaum memeriahkan lagi majlis berkenaan.

Katanya, ini adalah tradisi orang Sibu dan pada masa sama mereka yang berkunjung boleh mengambil peluang tersebut untuk mengeratkan lagi silaturahim dalam suasana harmoni dan riang.

  • oleh
  • Advertisement