Anda di sini

Pensyarah Swinburne diberi penghormatan pamer teknologi Microsoft Hololens kepada PM

 Hii menunjukkan demonstrasi penggunaan Hololens kepada Dr Mahathir.
CANGGIH: Hii menunjukkan demonstrasi penggunaan Hololens kepada Dr Mahathir.

KUCHING: Pensyarah Reka Bentuk Multimedia Swinburne University of Technology Kampus Sarawak (Swinburne Sarawak) John Hii diberi penghormatan mempamerkan teknologi Microsoft Hololens kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Pameran 5G Malaysia baru-baru ini.

Menurut kenyataan medianya, sebagai penasihat dan mentor kepada Trifold X Sdn Bhd di bawah program bimbingan Pusat Inovasi Global dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Hii bekerjasama dengan Trifold X dan Digi pada acara untuk mempamerkan ‘Immersive Learning’ melalui aplikasi Realiti Campuran (MR).

Trifold X adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan alumni Swinburne Sarawak.

Pada pameran tersebut, Hii menunjukkan penggunaan kan-dungan Realiti Campuran Microsoft Hololens yang berkaitan masalah sebenar di mana enjin kereta telah dibuka sebahagiannya secara holografik.

Melalui rangkaian kelajuan tinggi 5G, ia membawa bersama para pekerja di pelbagai lokasi jauh dengan pandangan masa sebenar untuk menyelesaikan masalah dengan cekap dan kos efektif.

Dengan minat penyelidikan dalam bidang reka bentuk teknologi multimedia dan pembelajaran yang disesuaikan dalam rangkaian mudah alih dan sosial, Hii mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam industri pengajaran dan multimedia.

Bidang pengajaran beliau sekarang termasuk dalam ‘Final Year Capstone Project Digital Media Design and Video Compositing’.

Sebelum ini, Hii juga telah bekerjasama dengan syarikat terkemuka dan agensi kerajaan seperti Microsoft, Google, Nokia, MaGIC, SMA-TEGAS, Petrosains, Lembaga Pelancongan Sarawak, Muzium Sarawak dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Beliau juga pernah memberi bimbingan kepada pelajar dan alumni Swinburne dalam pelbagai pertandingan termasuk Microsoft Imagine Cup 2015 di mana pelajar reka bentuk universiti mewakili Malaysia dalam perlawanan akhir dunia yang diadakan di Seatlle, Washington.

Didakan di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Pameran 5G Malaysia bertujuan menonjolkan potensi 5G, yang mana orang ramai  mempunyai peluang untuk mendapatkan pengalaman penggunan pertama daripada organisasi tempatan dan antarabangsa.

Antara syarikat dan institusi pengajian tinggi yang mengambil bahagian ialah Maxis, Digi, Celcom, TM, U Mobile, Huawei, Nokia, Universiti Teknologi Malaysia dan Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute.

Beberapa aplikasi sebenar yang dipamerkan termasuk pembedahan jarak jauh (penjagaan kesihatan), e-sukan (media dan hiburan), immersive learning (pendidikan), tenaga pintar (bandar pintar), agribots (pertanian), kenderaan autonomi (automotif), pengawasan pintar (keselamatan awam) dan kilang pintar (pembuatan).

Dalam pada itu, Kampus Swinburne Sarawak menawarkan program tiga tahun dalam Sarjana Muda Reka Bentuk pengkhususan Reka bentuk Multimedia, Sarjana Muda Sains Komputer jurusan Cybersecurity, Internet of Things and Software Development dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan jurusan Network Technology and Software Technology  selain program kejuruteraan, sains dan perniagaan.

Program reka bentuk menyedia-kan pelajar pengetahuan untuk menggabungkan kreativiti dengan akal dan pandangan perniagaan selain bekerjasama dengan pemain industri untuk mendapatkan teori komprehensif dan kemahiran amali.

Bagi pelajar yang ingin mengembangkan jurusan mereka dan pada masa sama mendapat pengalaman di luar negara, mereka juga boleh mempertimbangkan untuk melengkapkan ijazah mereka di kampus Swinburne Melbourne di mana ia menawarkan jurusan seperti Seni Bina, Branded Environments, Communication Design, Rekaan Media Digital, Reka Bentuk Perindustrian dan banyak lagi.

Sementara itu, ijazah komputernya mendapat pengiktirafan daripada Australian Computer Society dan Kampus Swinburne Sarawak juga merupakan rakan kongsi Cisco Academy.

Untuk maklumat lanjut me-ngenai Swinburne dan acaranya akan datang, sila layari laman webnya di www.swinburne.edu.my, Facebook (@swinburnesarawak), Instagram (@swinburnesarawak), Twitter (@Swinburne_Swk) atau saluran Youtune (Swinburne Sarawak).