Anda di sini

Guaido kecam rejim Venezuela tatkala pasukan keselamatan kepung Kongres

Advertisement
 Anggota Pasukan Pengawal Negara Venezuela berdiri dalam barisan di luar bangunan               Dewan Negara di Caracas kelmarin. — Gambar Reuters
SEKAT: Anggota Pasukan Pengawal Negara Venezuela berdiri dalam barisan di luar bangunan Dewan Negara di Caracas kelmarin. — Gambar Reuters

CARACAS: Juan Guaido menuduh kerajaan Venezuela cuba mengekang Kongres selepas pasukan keselamatan menghalang penggubal undang-undang pembangkang daripada memasuki Dewan Negara pada Selasa, dua minggu selepas kegagalan pemberontakan ketua pembangkang itu menentang Presiden Nicolas Maduro.

Ahli Kongres berkata anggota Pasukan Pengawal Negara, yang menyediakan keselamatan bagi bangunan tersebut, bersama anggota polis dan ejen perisikan SEBIN menyekat akses kepada Dewan Negara yang dikuasai pembangkang.

Tindakan itu diambil ketika Amnesty International berkata ia percaya pihak berkuasa Venezuela telah melakukan jenayah kemanusiaan ketika mereka melancarkan ope-rasi ke atas tunjuk perasaan antikerajaan, dan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk menjalankan siasatan.

“Ejen SEBIN, yang menggunakan alasan bahawa bahan letupan ada dalam kemudahan itu, mengambil alih istana persekutuan. Kami dike-lilingi ejen-ejen perisikan,” kata penggubal undang-undang Manuela Bolivar.

Guaido berkata pasukan keselamatan menggunakan “keganasan” dan menambah kongres “diduduki secara ketenteraan”.

Beliau cuba mencetuskan pemberontakan menentang Maduro pada 30 April tetapi hanya kira-kira 30 anggota tentera menyertainya, dan pemberontakan itu beransur-ansur hilang.

Bagaimanapun ia telah mencetuskan pertelingkahan berdarah selama dua hari antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan.

Sejak itu rejim Maduro telah mempertingkatkan tekanan ke atas sekutu dan penyokong Guaido.

Dewan Pengundi, sebuah badan perundangan saingan yang diwujudkan oleh kerajaan Maduro dan penuh de-ngan orang yang menyokongnya, mengundi kelmarin untuk melucutkan kekebalan lima lagi penggubal undang-undang pembangkang dalam Dewan Negara.

Ia menjadikan 14 jumlah orang yang diandaikan akan menghadapi perbicaraan ke-rana menyokong pemberontakan yang gagal itu. Tuduhan termasuk menderhaka kepada negara.

Salah seorang daripada mereka, timbalan speaker dewan Edgar Zambrano ditangkap oleh ejen SEBIN pada minggu lepas. Seorang lagi lari ke negara jiran Colombia manakala tiga lagi mencari perlindungan dalam pekarangan diplomatik.

Guaido – presiden Dewan Negara – menuduh Maduro cuba membubarkan dewan perundangan.

“Mereka cuba menahan kuasa perundangan sebagai tebusan sementara si diktator mengurung diri bersendirian dalam istana di mana beliau tidak sepatutnya berada,” kata Guaido dalam Twitter.

Beliau pernah menuduh pemimpin sosialis itu melakukan terorisme di atas tindakannya yang keras ke atas demonstrasi.

Amnesty berkata kerajaan Maduro bertindak dengan “dasar penindasan yang sistematik dan berleluasa” pada hujung Januari, ketika tunjuk perasaan antikerajaan melanda negara selepas Guaido mengisytiharkan diri sebagai pemangku presiden.

Kumpulan hak asasi ma-nusia yang berpangkalan di London itu berkata se-kurang-kurangnya 47 orang terbunuh sewaktu tunjuk perasaan dari 21 hingga 25 Januari lalu.

Sekurang-kurangnya 33 ditembak mati oleh pasukan keselamatan, dan enam oleh penyokong kerajaan.

“Sebelas daripada kematian ini adalah hukuman mati tanpa perbicaraan,” kata Erica Guevara, pengarah benua Amerika bagi Amnesty International, yang membentangkan laporan di Bandar raya Mexico, ekoran misi mencari fakta ke Vene-zuela pada Februari lalu.

Beberapa penentang Ma-duro diseksa manakala 900 orang, termasuk kanak-kanak, ditahan sewenang-wenang, kata Amnesty.

“Sifat serangan, tahap pe-nyelarasan oleh pasukan ke-selamatan, selain tanda corak sama pada 2014 dan 2017, mendorong Amnesty International untuk percaya bahawa pihak berkuasa Venezuela melakukan jenayah kemanusiaan.”

Maduro sendiri “tahu me-ngenai tindakan awam dan mengejutkan ini dan tidak mengambil langkah untuk mencegah mahupun menyiasatnya”, tambah Amnesty dalam kenyataannya.

Dari awal Selasa, badan keselamatan mengepung bangunan yang menempatkan Dewan Negara. Kenderaan kalis peluru dan sebuah trak tunda diletakkan di jalan-jalan sekitar.

“Ini adalah tema yang berulang-ulang. Ia bukan kali pertama berlaku,” kata Bolivar, yang mendakwa ini adalah sebahagian daripada “dasar untuk melemahkan Dewan” dan “intimidasi” yang ada kaitan dengan perebutan kuasa di antara Guaido dan Maduro, yang mengekalkan sokongan angkatan tentera.

Guaido menegaskan tindakan itu tidak akan menghalang penggubal undang-undang daripada menjalankan tugas mereka.

“Esok kami akan mengadakan sesi sekali lagi, kami akan bersidang semula dan biarlah rejim memutuskan sama ada ia mahu meneruskan harakiri politik seperti ini,” katanya.

“Sama ada di dataran, di bangunan sebelah, di bawah jambatan, Dewan akan duduk dan persidangan akan diadakan,” kata Ahli Kongres Luis Stefanelli. — AFP

Advertisement