Anda di sini

Datuk mengaku salah rogol cucu

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, mengaku salah atas pertuduhan merogol cucunya yang berusia lima tahun.

Bagaimanapun Hakim Elsie Primus menetapkan tarikh jatuh hukum dan fakta kes pada 25 Jun terhadap tertuduh yang berusia 53 tahun, tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan, melakukan kesalahan itu pada 19 April jam 11 pagi di hadapan sebuah rumah kosong berhampiran hutan di daerah Kota Marudu.

Jika sabit salah hukuman yang boleh dikenakan penjara selama tempoh 30 tahun dan tidak kurang 10 sebat.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Rustam Sanip memohon suatu tarikh baharu untuk jatuh hukum memandangkan laporan perubatan mangsa belum diperolehi.

Bagaimanapun beliau tidak menawarkan ikat jamin diberikan kepada tertuduh kerana kesalahan terbabit tidak boleh ditawarkan jaminan.

Tambahnya kediaman tertuduh bersebelahan dengan rumah mangsa.

Sementara menunggu tarikh terbabit, Noor Hafizah memerintahkan tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.