Anda di sini

Bandar raya Mexico isytihar amaran alam sekitar

 Pemandangan umum menunjukkan asbut menyelubungi seluruh Bandar raya Mexico kelmarin. — Gambar AFP
ASBUT: Pemandangan umum menunjukkan asbut menyelubungi seluruh Bandar raya Mexico kelmarin. — Gambar AFP

BANDAR RAYA MEXICO: Bandar raya Mexico mengisytiharkan amaran alam sekitar kelmarin, tidak membenarkan kenderaan berada di jalan raya, dan menangguhkan perlawanan separuh akhir dalam liga bola sepak divisyen pertama selepas asbut menyelubungi seluruh ibu negara yang luas dan besar itu.

Beberapa kebakaran belantara di pinggir bandar raya telah bergabung dengan keadaan cuaca yang lembap untuk menyelubungi kawasan metropolitan yang mempunyai lebih 20 juta penduduk itu dengan awan pencemaran udara yang kelabu, yang melepasi tahap parah 150 mata dalam indeks kualiti udara pihak berkuasa.

“Pelan kontingensi alam sekitar yang luar biasa telah diaktifkan bagi kawa-san metropolitan lembah Mexico kerana partikel dalam udara,” suruhanjaya alam sekitar di bandar raya itu menyebut dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa menyeru kepada penduduk untuk mengelak aktiviti fizikal di luar rumah, mengarahkan sekolah untuk menahan kanak-kanak dalam kelas pada waktu rehat, dan menggesa warga emas serta mereka dengan penyakit pernafasan untuk duduk di dalam rumah.

Mereka juga mengarahkan kereta dengan nombor plet lesen tertentu untuk tidak berada di jalan raya semalam, selain mengarahkan industri pencemar tertentu untuk mengambil langkah bagi mengurangkan pengeluaran gas sebanyak 30 hingga 40 peratus.

Liga bola sepak Mexico berkata di bawah saranan pegawai dewan bandar raya, ia memutuskan untuk menangguhkan pusingan pertama perlawanan separuh akhir divisyen pertama antara Leon dengan kelab Bandar raya Mexico, America, dari malam semalam hingga hari ini (Khamis) di-sebabkan oleh pencemaran itu.

Anggota bomba sudah ber-usaha untuk memadamkan hampir 24 kebakaran belantara di pinggir bandar raya itu. De-ngan sedikit angin, tiada hujan dan suhu sekitar 30 darjah Celsius, keadaan cuaca menyebabkan pencemaran yang berlaku itu tidak berkembang.

Bandar raya Mexico cende-rung secara semula jadi untuk mengalami pencemaran udara: ia dikelilingi lingkaran gunung yang sering memerangkap asbut di ruang udara ibu negara, sekali gus menghalang kehilangannya.

Industri pencemar dan lebih lima juta kereta di jalan-jalan bandar raya berkenaan hanya memburukkan lagi keadaan. — AFP