Anda di sini

130 penjawat awam terima sumbangan Gawai Raya daripada MAKSAK Sarawak

Advertisement
 Abang Johari menyampaikan sumbangan kepada para penerima pada majlis berkenaan malam kelmarin.
TERIMALAH: Abang Johari menyampaikan sumbangan kepada para penerima pada majlis berkenaan malam kelmarin.

KUCHING: Seramai 130 penjawat awam Sarawak  menerima sumbangan ikhlas Gawai Raya sebanyak RM100 setiap seorang daripada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak.

Sumbangan itu disampaikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isterinya, Datin Patinggi Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang pada Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib, Isyak dan Sunat Terawih di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, malam kelmarin.

Selepas berbuka puasa, Abang Johari dan dif-dif kenamaan lain yang beragama Islam kemudiannya menunaikan  solat Maghrib dan Isyak diikuti solat sunat Terawaih di Surau Aras 1, Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan-Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang  Nassar, menteri menteri muda, timbalan-timbalan setiausaha kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan Sarawak.

Majlis ini dihoskan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Yang Dipertua MAKSAK Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Advertisement