Anda di sini

Tukang jahit didakwa dua kesalahan seksual terhadap kanak-kanak

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang tukang jahit warga asing didakwa atas dua pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Abdillah Sahi, 37, yang diwakili peguam P.J Perira bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohamad Salim.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, kerana menyentuh payudara, mencium pipi dan memegang kemaluan mangsa.

Jika sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Selain itu Abdilah juga menunjukkan kemaluannya kepada mangsa dan didakwa mengikut Seksyen 15 (a)(i) akta sama, boleh dikenakan penjara selama 10 tahun dan denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan pada 30 Mac jam 10.30 pagi di sebuah kedai jahit di Tuaran.

Terdahulu Timbalan Pendakwaraya Megat Mahathir menyatakan tertuduh hanya memegang kad IMM13 dan tidak mencadangkan ikat jamin diberikan.

Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 14 Jun dan tarikh perbicaraan pada 22 hingga 23 Ogos terhadap tertuduh yang diwakili peguam P.J Perira.

Sementara menunggu kes selesai, tiada jaminan diberikan kepada tertuduh yang diperintahkan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement