Anda di sini

Pasukan gabungan JSJ/JSJK juara Piala KPD Sibu 2019

Advertisement
 Pasukan gabungan JSJ/JSJK bergambar kenangan selepas muncul juara Piala KPD 2019.
JUARA: Pasukan gabungan JSJ/JSJK bergambar kenangan selepas muncul juara Piala KPD 2019.

PASUKAN gabungan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)/Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) muncul juara sekali gus merangkul Piala KPD Sibu di padang bola sepak Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, baru-baru ini.

Pasukan lawan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) dan Balai Sibu Jaya terpaksa akur selepas menerima kekalahan menerusi sepakan penalti dengan jaringan gol 5-4 pada penghujung perlawanan.

Kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sehingga tambah masa 30 minit.

 Stanley melakukan sepak mula antara Pasukan JSJ/JSJK dan JPJKK/Sibu Jaya.
MULAKAN: Stanley melakukan sepak mula antara Pasukan JSJ/JSJK dan JPJKK/Sibu Jaya.
 Stanley menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan JSJ/JSJK, ASP Sylvarius Gopog yang menjuarai pertandingan tersebut.
TAHNIAH: Stanley menyampaikan hadiah kepada ketua pasukan JSJ/JSJK, ASP Sylvarius Gopog yang menjuarai pertandingan tersebut.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, perlawanan bola sepak tersebut dianjurkan sebagai program riadah tahunan sempena memperingati Hari Polis Ke-212.

“Selain itu, aktiviti seperti ini juga diharap mencapai objektif penganjuran iaitu bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain,” kata beliau pada penutupan rasmi di Sibu, baru-baru ini.

Sebanyak lima pasukan terdiri daripada pelbagai bahagian, cawangan dan balai di bawah IPD Sibu terlibat dalam perlawanan yang bermula sejak 24 April lalu.

Stanley juga menyampaikan hadiah-hadiah berupa piala dan pingat kepada pemenang tiga pasukan teratas.

  • oleh
  • Advertisement