Anda di sini

Dr Mahathir terus main peranan sebagai negarawan - Anwar

Advertisement
Dr Anwar menjawab pertanyaan para pengamal media pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 bertemakan "Agenda Warga Digital" sempena Hari Belia di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini. - Gambar Bernama
Anwar menjawab pertanyaan para pengamal media pada Konvensyen Belia Kebangsaan 2019 di UKM hari ini. - Gambar Bernama

BANGI: Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus memainkan peranan penting sebagai seorang negarawan sekiranya berlaku perubahan kepimpinan negara, kata presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia harus diberi ruang. Andai kata saya ambil alih pun, peranan Dr Mahathir tetap ada sebagai seorang negarawan yang berjasa kepada negara kita,” kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Digital Native Agenda” di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, diminta mengulas mengenai ulang tahun pertama  beliau dibebaskan dari penjara pada 16 Mei.

Mengenai pelan peralihan kepimpinan, Anwar berkata apa-apa perkara mengenai pelan peralihan perlu dibincangkan antara beliau dan Dr Mahathir seperti yang dilakukan sebelum ini.

"Soal tarikh (peralihan kuasa) dan sebagainya, biar beliau (Dr Mahathir) bincang dengan saya, saya tiada masalah," kata Anwar. - Bernama 

Advertisement