Anda di sini

Tiga blok kandang ayam terbakar

Advertisement
KEADAAN kandang ayam yang terbakar awal pagi tadi.
KEADAAN kandang ayam yang terbakar awal pagi tadi.

TUARAN: Tiga blok kandang ayam musnah terbakar di Pusat Ternakan Ayam Kampung Bantayan Tamparuli, di sini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mohd Faizal Alias berkata panggilan kecemasan berkenaan kejadian diterima pada jam 5.23 pagi sebelum menggegaskan sembilan anggota BBP Tuaran bersama tiga jentera ke lokasi.

Katanya operasi pemadaman serta penyelamatan turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Kota Belud.

“Kejadian membabitkan tiga blok kandang ayam dengan keseluruhan kawasan seluas 40x200 kaki persegi terbakar sebanyak 80 peratus.

“Operasi pemadaman segera dijalankan dan kebakaran dapat dikawal jam 7.26 pagi daripada merebak ke pusat ternakan lain,” katanya.

Menurutnya tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dalam kejadian itu dan punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement