SRI AMAN: Kumpulan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Hulu muncul Juara Pertandingan Betandak sempena Program Seni dan Muzik Parlimen Saratok anjuran Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Kebudayaan Saratok (JKKKS) dekat sini.
Menerusi kemenangan berkenaan, kumpulan itu yang berjaya menewaskan lima kumpulan lain membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM400, piala, sijil penyertaan dan jambangan coklat.
Naib johan pula disan-dang kumpulan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong yang membawa pulang hadiah wang tunai RM300, piala, sijil penyertaan dan jambangan coklat.
Sementara itu, tempat ketiga dimenangi Kumpulan Kampung Sessang yang mendapat hadiah wang tunai RM200, piala, sijil penyertaan dan jambangan coklat.
Dua pemenang saguhati pula membawa pulang hadiah saguhati, piala, sijil penyertaan dan hamper makanan.
Terdahulu, penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan Ahli Parlimen Saratok Ali Biju.
Hadir sama menyaksikan pertandingan Penaung Jawatankuasa Kelab Kebajikan dan Kebudayaan Saratok (JKKKS) Kaunselor Nasir Manap.