Anda di sini

Keracunan metanol di Perak: Lima kematian dicatatkan

Advertisement
Seorang pegawai kesihatan memeriksa botol minuman beralkohol ketika operasi meninjau penjualan minuman beralkohol di sebuah premis sekitar Bercham hari ini. - Gambar Bernama
Seorang pegawai kesihatan memeriksa botol minuman beralkohol ketika operasi meninjau penjualan minuman beralkohol di sebuah premis sekitar Bercham hari ini. - Gambar Bernama

IPOH: Sebanyak lima kematian akibat keracunan metanol dicatatkan di Perak sehingga Ahad lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia negeri A. Sivanesan berkata kesemua mangsa melibatkan tiga lelaki warga asing dan dua warga tempatan.

"Pihak  Jabatan Kesihatan negeri telah menerima sebanyak 13 kes notifikasi kes keracunan metanol di Perak antaranya di Daerah Kinta, Kuala Kangsar dan Batang Padang bermula dari 30 April hingga 12 Mei dan lima daripadanya melibatkan kematian.

"Terkini, terdapat dua kes masih dirawat di hospital iaitu masing-masing di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dan Hospital Teluk Intan," katanya selepas menjalankan pemeriksaan di sebuah premis menjual minuman beralkohol di Bercham di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sivanesan berkata, setakat ini, pihak Jabatan Kesihatan negeri telah menjalankan pemeriksaan di 198 premis jualan minuman beralkohol seluruh negeri.

"Empat Notis 32(B) telah dikeluarkan berkaitan kesalahan pelabelan di mana nilai kompaun RM3,000 setiap satu, manakala 13 sampel diambil untuk analisis metanol dan ethanol.

Sebanyak 90 produk minuman beralkohol yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985 bernilai RM876.50 dirampas," katanya. - Bernama 

Advertisement