Anda di sini

Mayat bayi perempuan ditemui di kawasan longgokan sampah

Advertisement
Anggota Unit Forensik memeriksa mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dibalut dengan tuala yang ditemui dalam bakul di kawasan longgokan sampah di Jalan Meru Impian 6, Halaman Meru Impian hari ini. - Gambar Bernama

IPOH: Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dan dibaluti tuala ditemui di kawasan longgokan sampah di Jalan Meru Impian 6, Halaman Meru Impian, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Marzuki Mat berkata sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi kejadian, sebaik menerima panggilan dari orang awam kira-kira pukul 1.50 petang.

“Bayi itu ditemui dalam sebuah bakul yang dibalut dengan tuala, dan tiada sebarang dokumen atau nota ditinggalkan. Bayi tersebut disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya di lokasi kejadian.

Menurut Marzuki, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti punca kematian, waktu kejadian serta mengesan suspek yang terlibat. - Bernama 

Advertisement