Anda di sini

Hadiah untuk ibu diumum pada pembentangan Belanjawan 2020 - Abang Johari

Advertisement
Abang Johari bersama Pengerusi Penganjur Abdul Samat Gany (kiri), Pengurus Projek Mydin Ganesh Chinniah (dua kiri) dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak Prof Datuk Dr Mohammad Kadim Suadi (kanan) melihat antara Produk Warisan Kampung" yang dijual di Mydin Petra Jaya, hari ini. - Gambar Muhammd Rais Sanusi.
Abang Johari bersama Pengerusi Penganjur Abdul Samat Gany (kiri), Pengurus Projek Mydin Ganesh Chinniah (dua kiri) dan Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Prof Datuk Dr Mohammad Kadim Suadi (kanan) melihat antara Produk Warisan Kampung yang dijual di Mydin Petra Jaya, hari ini. - Gambar Muhammad Rais Sanusi.

KUCHING: Bentuk hadiah kepada golongan ibu yang melahirkan anak bakal diumumkan semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2020 pada hujung tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata banyak implikasi kewangan perlu diambil kira sebelum kerajaan negeri menentukan bentuk hadiah yang akan diberikan kepada kaum ibu.

"Bukan sekarang. Saya akan umumkan nanti. Sebenarnya banyak implikasi kewangan terlibat.

"Saya umumkan bentuk hadiah ini semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2020, hujung tahun ini," katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Produk Warisan Kampung di Pasaraya Mydin, Petra Jaya , di sini, hari ini.

Pada 4 Mei lalu, ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran aplikasi Sarawak Pay di KK Super Mart, di Kota Sentosa, Abang Johari berkata kerajaan negeri mempunyai 'hadiah' kepada kaum ibu yang melahirkan anak bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata menegaskan selepas melahirkan anak, kaum ibu perlu dipantau terutama pemberian susu eksklusif kepada bayi selama enam bulan.

Tambahnya, pemberian hadiah itu juga akan mengambil keperluan bayi.

Sebelum ini, Kerajaan Sarawak mengumumkan Endowment Fund Sarawak (EFS) berjumlah RM1,000 untuk diberikan kepada semua bayi Sarawak yang lahir mulai tahun ini.

Dana sekali itu, diberikan kepada bayi warga Sarawak tanpa mengira perbezaaan kaum dan agama.

  • oleh
  • Advertisement