Anda di sini

Enly dan Hikko wakili Kota Marudu, Tandek ke Sugandoi Kaamatan Peringkat Negeri

Advertisement
ENLY (tengah) bersama para pemenang lain.
ENLY (tengah) bersama para pemenang lain.

KOTA MARUDU: Enly Wong yang menjuarai Sugandoi Kaamatan Daerah Kota Marudu akan membawa cabaran daerah ini berentap ke peringkat negeri hujung bulan ini.

Enly yang membawakan lagu ‘Haro Pirubaan Haro Pitongkiadan’ dan ‘Guminavo Zou Diau’ turut dinobatkan sebagai peserta terbaik dalam persembahan menerima trofi dan wang tunai RM1,000.

“Martabat para penggiat seni di Sabah perlu diangkat agar menerima ganjaran yang sewajarnya dari pihak berwajib,” kata Francis Au ketika merasmikan pertandingan akhir itu pada Selasa.

Menyusul di tempat kedua ialah Hikko Nuin dan Mus Sinsim di tempat ketiga. Mus turut menerima hadiah untuk persembahan terbaik. Hikko akan mewakili Tandek ke sugandoi peringkat negeri.

Lima penerima saguhati terdiri daripada Jeremy James yang dinobatkan sebagai peserta paling popular, Wetlya Mercol, Larry Mikhail, Mexelemend Tuil dan Suzie Jahbin.

Turut hadir pegawai daerah Arnold Joibi, komposer, penulis lirik dan penyanyi Asmin Mudin, pengerusi penganjur Janis Kansirong serta pengurus produksi rakaman Ronny G Sigoh.

Francis yang juga Setiausaha Sulit Ketua Menteri menegaskan produksi karyawan dari Sabah sehingga kini kurang mendapat perhatian pihak berwajib manakala royalti hasil karya amat tidak berbaloi.

Francis berharap Kerajaan Negeri Sabah dapat mengambil langkah-langkah positif mendukung dan mengangkat martabat seni karyawan dari negeri ini.

  • oleh
  • Advertisement