Anda di sini

SPP jayakan prgram CSR di SMK Dato Permaisuri Miri

Advertisement
 Warga pendidik SMKDP mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
UNTUK ALBUM: Warga pendidik SMKDP mengambil peluang merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.
 Tetamu kehormat diberi peluang melakukan sentuhan terakhir pada lukisan mural tersebut.
MELENGKAPKAN: Tetamu kehormat diberi peluang melakukan sentuhan terakhir pada lukisan mural tersebut.

SURUHANJAYA Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP) telah mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Permaisuri (SMKDP) di Miri, baru-baru ini.

Program CSR berkenaan telah dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik, Pengerusi SPP Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof dan Timbalan Pengerusi SPP Tan Sri Ahmad Phesal Talib.

Program tersebut diadakan bersempena dengan penganjuran Program Bersepadu SPP di bandar raya Miri.

Pengetua SMKDP Haslinda Jedi berkata terdahulu SPP telah menjalankan Karnival Kerjaya bertempat di Institut Latihan Perindustrian Miri.

 Pelajar sedang menerangkan PBL yang diciptanya kepada tetamu kehormat.
PENERANGAN: Pelajar sedang menerangkan PBL yang diciptanya kepada tetamu kehormat.

“Dalam program dua hari itu, mereka telah melawat SMKDP untuk menjalankan program CSR serta program mesra bersama warga sekolah.

“Sempena lawatan itu juga, tetamu kehormat telah dibawa melawat ke pameran Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM),” katanya kepada Utusan Borneo.

Sebagai salah satu acara dalam program CSR ini, tetamu jemputan diberi peluang untuk menanam pokok di halaman sekolah tersebut, malah mereka juga berpeluang melakukan sentuhan terakhir lukisan mural.

Para tetamu jemputan juga berpeluang mendengar dan melihat pembentangan mengenai program transformasi sekolah dibentangkan oleh para pelajar sekolah itu sendiri.

 Kumpulan koir SMKDP menyampaikan persembahan lagu ‘Fly Kenyalang Fly’.
MENGHIBURKAN: Kumpulan koir SMKDP menyampaikan persembahan lagu ‘Fly Kenyalang Fly’.
  • oleh
  • Advertisement