Anda di sini

‘Orang Kampung’ meriahkan sambutan Hari Guru

Advertisement
 Guru-guru bergaya dengan tema pakaian Orang Kampung.
BERSAHAJA: Guru-guru bergaya dengan tema pakaian Orang Kampung.
 Permainan boling buah kelapa turut memeriahkan sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit di Lubok Antu.
MENCUIT HATI: Permainan boling buah kelapa turut memeriahkan sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit di Lubok Antu.

LEBIH 22 warga pendidik dan kakitangan sekolah diraikan dengan penuh gilang-gemilang sempena sambutan Hari Guru bagi tahun 2019 peringkat Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit di Lubok Antu, baru-baru ini.  

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan tema ‘Orang Kampung’.

Pelbagai gelagat dan gaya dapat disaksikan pada sambutan itu termasuk sukaneka permainan tradisional seperti boling buah kelapa, pentanque buah kelapa dan lempar kasut.

Guru Besar SK Nanga Kesit Lasa Sigat berkata, tema Orang Kampung bertujuan memeriahkan lagi sambutan pada tahun ini sambil memperkenalkan pakaian orang kampung dan permainan tradisional kepada murid-murid.

Hari Guru kebiasaannya disambut pada 16 Mei setiap tahun, namun tahun ini diawalkan kerana tarikh berkenaan jatuh pada bulan Ramadan.

Sambutan Hari Guru SK Nanga Kesit turut dimeriahkan dengan anugerah guru dan staf dalam pelbagai kategori melalui undian oleh murid-murid.

Advertisement