Anda di sini

58 pegawai dan kakitangan imigresen sertai Program Gaya Hidup Sihat Ekspedisi Bukit Mas

Advertisement
 Peserta yang berjaya menawan puncak Bukit Mas bergambar kenangan.
TAWAN: Peserta yang berjaya menawan puncak Bukit Mas bergambar kenangan.

SERAMAI 58 pegawai dan kakitangan Pejabat Imigresen Bahagian Limbang, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tedungan dan Pandaruan memeriahkan Program Gaya Hidup Sihat Ekspedisi Bukit Mas, Limbang sempena Hari Pekerja 2019, baru-baru ini.

Ketua Imigresen Bahagian Limbang (JIBL) Khalthom Ahmad berkata, program itu dapat menghimpunkan semua pegawai dan kakitangannya sekali gus membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan.

“Ia sejajar dengan hasrat kerajaan menggalakkan masyarakat mengamalkan budaya bersukan dan menitikberatkan keperluan menjaga kesihatan,” katanya pada program itu.

Taklimat keselamatan juga telah diberikan kepada peserta ekspedisi mendaki Bukit Mas yang berketinggian 620 meter dr paras laut.

Program yang bermula seawal jam 6.30 pagi itu turut diselitkan dengan acara cabutan bertuah dan majlis penyampaian hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kategori lelaki dan wanita.

Advertisement