Anda di sini

‘Long Shot’ gandingkan Charlize Theron, Seth Rogen

Advertisement
 Rogen (kiri) dan Theron semasa tayangan perdana filem ‘Long Shot’ di New York City baru-baru ini.   — Gambar AFP
FILEM BAHARU: Rogen (kiri) dan Theron semasa tayangan perdana filem ‘Long Shot’ di New York City baru-baru ini. — Gambar AFP

PELAKON pemenang Oscar Charlize Theron dan pelawak Seth Rogen telah berganding bahu dalam komedi romantik ‘Long Shot’, di mana mereka memegang watak bagi satu penyatuan cinta yang tidak mungkin di antara seorang ahli politik yang berkuasa dan seorang wartawan penganggur yang tidak kemas.

Aktres berusia 43 tahun itu melakonkan watak sebagai Setiausaha Negara AS Charlotte Field dalam filem tersebut, seorang ahli politik yang disegani dan bercita-cita tinggi yang ingin untuk bertanding bagi jawatan presiden.

Dalam satu pertemuan yang tidak diduga, beliau terserempak dengan Fred Flarsky, dilakon oleh Rogen, seorang yang bersifat liberal dan ada ketikanya seorang wartawan yang cemerkap yang pernah dijaganya semasa kecil, dan mula bekerja dengannya sebagai penulis ucapan.

“Saya telah membaca beberapa biografi mengenai setiausaha negara wanita. Kami mempunyai beberapa orang penulis ucapan di set yang benar-benar telah membantu dan begitu baik hati untuk menerangkan tentang logistik tugas tersebut,” kata Theron kepada Reuters mengenai persediaan bagi watak tersebut.

“Saya tidak pernah inginkan beliau untuk menyerupai seseorang, saya hanya inginkan ia boleh dipercayai.”

Rogen berkata wataknya, yang terjatuh dari tangga dan kelihatan menonjol dengan pakaian kasual beliau, telah “digayakan berdasarkan kepada beberapa orang wartawan yang telah menemubual saya sebelum ini.”

“Saya menyedari bahawa kebanyakan daripada mereka berpakaian seperti seorang budak berusia 12 tahun,” tambah beliau dalam satu temubual bersama dengan Theron.

Filem komedi romantik, dengan banyak bahagian yang menyebabkan orang ketawa, mengikuti pasangan tersebut ketika Field menjelajah dunia bertugas bagi satu kempen alam sekitar dan hubungan cinta mereka yang mula berputik.

Pengarah Jonathan Levine berkata, para pelakon melakukan banyak perubahan di set dan filem itu cuba untuk menyentuh beberapa perkara dalam kehidupan sebenar dalam satu cara yang melucukan.

“Sebaik sahaja kami mengetahui apa yang kami perlukan untuk membuatkan ia hampir serupa dengan kehidupan sebenar yang kami boleh memberikan komen mengenai kehidupan sebenar namun sedikit jauh agar kita tidak mencetuskan kemarahan seseorang mengenai perkara seharian, ketika itulah kita benar-benar merasakan seperti kita telah menemui arah kita,” kata beliau.

“Kami berupaya menggunakan komedi sebagai satu alat bagi memberikan komen dan mungkin malah membuatkan orang ramai memikirkan tentang perkara tersebut.”

‘Long Shot’ kini ditayangkan di sinema di seluruh dunia. — Reuters

Advertisement