Anda di sini

Tapai madu asli juadah berbuka puasa wajib di Bazar Ramadan Satok

Advertisement
Rosmah tidak menang tangan menjual tapai madunya di  Bazar Ramadan Satok.

KUCHING: Tapai madu asli antara yang wajib dibeli oleh para pengunjung di Bazar Ramadan Satok di sini sebagai juadah berbuka puasa. 

Rasanya yang manis, lunak, segar dan masih panas menjadikan tapai madu asli yang dijual oleh Rosmah Manji begitu istimewa bagi para pelanggan.

Malah menurut Rosmah, beliau sampai tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus mengunjungi gerainya yang dibuka di Bazar Ramadan Satok ini. 

“Sempena bulan Ramadan ini, sehari saya boleh menjual 4,000 tapai madu dengan harga RM1 untuk tiga tapai. 

“Saya telah menjalankan perniagaan tapai ini selama puluhan tahun dan mula berniaga di Bazar Ramadan Satok ini sejak tahun 1994,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di Bazar Ramadan Satok yang mula dibuka hari ini.

Sementara itu, salah seorang pengunjung iaitu Aisyah Latip berkata tapai madu asli yang dijual oleh Rosmah antara yang juadah berbuka yang istimewa di sini. 

Tapai madu asli ini katanya antara juadah berbuka puasa yang menjadi menu wajib di beli olehnya apabila mengunjungi Bazar Ramadan Satok.

Selain tapai madu asli, terdapat banyak lagi aneka juadah berbuka puasa yang dijual di bazar ini dan antara yang harus dibeli ialah Nasi Ayam Sontok. 

Nasi Ayam Sontok ini adalah ala-ala Ayam Penyet atau Ayam Berempah namun istimewanya adalah pada sambalnya. 

Sempena dengan bulan Ramadan ini, Nasi Ayam Sontok ini dijual pada harga RM6.00 berbanding RM9.00 pada hari biasa. 

  • oleh
  • Advertisement