Anda di sini

Matematik, Sains diajar dalam BI mulai 1 Januari 2020

Advertisement
Manyin melepaskan peserta konvoi Gerakan Massa 'Terima Kasih Cikgu' Peringkat Negeri Sarawak dari Kuching ke Sri Aman.
Manyin melepaskan peserta konvoi Gerakan Massa 'Terima Kasih Cikgu' Peringkat Negeri Sarawak dari Kuching ke Sri Aman.

KUCHING: Sarawak akan menggunakan Bahasa Inggeris (BI) sebagai medium bagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains mulai 1 Januari tahun depan. 

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata Sarawak tidak boleh gagal kerana jika gagal Sarawak akan dijadikan sebagai contoh tidak baik.

"Ini adalah cabaran besar untuk kita. Kita sudah terima cabaran ini dan kita perlu jayakannya. 

"Apa yang perlu kita buat sekarang ialah pertama adakah kita akan bermula dengan darjah satu atau tingkatan satu, tahun ini atau tahun depan. 

"Semua soalan ini perlu dijawab," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gerak Masa 'Terima Kasih Cikgu' sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak di Mydin Petra Jaya di sini, hari ini. 

Tambah Manyin, untuk memastikan langkah ini berjaya beberapa perkara lain juga perlu diambil kira antaranya kemampuan dari segi jumlah guru yang dapat mengajar dua mata pelajaran ini dalam BI. 

Ini termasuk kemampuan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran seperti buku teks dan sebagainya. 

Sehubungan itu Manyin merayu ibu bapa khususnya para guru untuk sama-sama menjayakan penggunaan BI sebagai medium pengajaran bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di Sarawak. 

  • oleh
  • Advertisement