Anda di sini

Felix & Ramli mengorak langkah

Advertisement
FELIX AGUS & RAMLI CARLO.
FELIX AGUS & RAMLI CARLO.

FELIX dan ramli yang dikenali dengan lawak dan karakter penyampaian mereka yang tersendiri menerusi penyampai segmen Segmen Ampai Ampai VOKFM 106.6 mengorak langkah menyumbang di dalam bidang pendidikan apabila mereka berdua diumumkan dan dilantik sebagai Duta Pelancongan oleh Presiden Kumpulan Geomatika Prof Datuk Dr Sr Mohaizi Mohamad dalam majlis ringkas yang dihadiri oleh pelajar ambilan pertama untuk Program Diploma Pelancongan Dan Hospitaliti seramai 40  orang.

Majlis yang berlangsung di bangunan North Borneo University College 1Borneo itu turut dihadiri oleh Puan Creastysia Cyrnus, Penolong Presiden Geomatika Kolej Keningau, Puan Dority Jiroh, Penolong Presiden NBUC, Prof Madya Edwin Laimin Ketua Eksekutif Kumpulan Best Prestige Educare Malaysia dan Mis NurAsnie Jubilin, Pengarah Kumupulan Best Prestige Educare Malaysia serta kakitangan pemasaran kumpulan Best Prestige cawangan Keningau dan Kta Kinabalu.

Dalam ucapan pengumuman tersebut Prof Datuk Dr Sr Mohaizi Mohamad memberitahu Kumpulan Geomatika akan terus menawarkan program pengajian yang sesuai dengan keperluan semasa khususnya industri pelancongan di Sabah yang semakin hari semakin menerima kehadiran ramai pelancong dalam dan luar negara.

Sementara itu, Prof Madya Edwin Laimin Ketua Eksekutif Kumpulan Best Prestige Educare Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pemilihan Felix dan Ramli sebagi Duta Pelancongan berharap Felix dan Ramli akan membantu kolej untuk mempromosi program unik yang menawarkan peluang melancong ke enam buah negara sepanjang pengajian dan merupakan program pertama seumpamanya.

"Kita berhadapan dengan ketidakpercayaan  masyarakat mengenai program yang kita tawarkan sehinggakan ada yang mengaitkan progam ini merupakan modus operandi atau penipuan daripada individu atau syarikat yang tidak bertanggungjawab memperdayakan para pelajar lepasan SPM," katanya.

" Felix adalah penyanyi dan penyampai radio, Ramli pula pengacara, penyampai radio dan mempunyai latar belakang sebagai pendidik.

Mereka juga mempunyai ‘pengikut’ tersendiri  maka itu pihak kolej tidak ragu-ragu untuk melantik mereka,” jelasnya.

Prof Edwin juga tidak menolak kemungkinan ada beberapa lagi artis dan selebriti Sabahan yang bakal ditawarkan untuk bersama-sama mempromosikan bidang pengajian yang ditawarkan oleh kolej ini pada masa hadapan sambil menanamkan pengalaman dalam pelancongan agar para pelajar bukan hanya setakat mencari pekerjaan selepas tamat pengajian tetapi seterusnya menjadi usahawan dalam bidang pelancongan.

Advertisement