Anda di sini

‘Vibrasi (Dua Arah)’ single religi terbaharu Nidji

Advertisement
 

BEBERAPA hari lagi bulan suci Ramadan akan tiba dan kini umat Islam seluruh dunia sedang bersiap sedia untuk menyambutnya bagi melaksanakan puasa selama sebulan.

Sempena bulan Ramadan kali ini, kumpulan muzik popular dari negara seberang iaitu Nidji sudah pun mengeluarkan sebuah single religi berjudul ‘Vibrasi (Dua Arah)’ bersama label Musica Studios.

Ini lagu religi pertama Nidji bersama vokalis baharu Ubay. Selain Ubay, Nidji masih kekal bersama ‘line-up’ sebelumnya iaitu Rama dan Ariel (gitar), Andro (bas), Adri (drum), dan RunD (keyboard).

‘Vibrasi (Dua Arah)’ ditulis oleh Ariel yang mendapat inspirasi ketika berada dalam situasi yang sukar.

Walaupun bermula daripada pengalaman peribadi, Nidji mengemas lagu ini secara universal agar mempunyai makna bagi pendengarnya.

Proses penghasilan lagu ‘Vibrasi (Dua Arah)’ selesai dalam empat hari. Rama menyempurnakan lirik Ariel dengan susunan muzik dibantu produser bersama Nidji, Dimas Mufli Utomo.

Lagu ‘Vibrasi (Dua Arah)’ ini boleh didapati di plarform muzik digital.

Advertisement