Anda di sini

Limbang satu-satunya bahagian tidak diwarta sebagai kawasan rabies

Advertisement
ROLAND
ROLAND

KUCHING: Limbang merupakan satu-satunya bahagian yang tidak diwartakan sebagai kawasan wabak rabies sehingga 2 Mei 2019.

Menteri Muda Pembangunan Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, setakat tempoh berkenaan sebanyak 62 kawas wabak rabies di seluruh negeri.

Menurut beliau, pengisytiharan itu selepas progam pemvaksinan secara besar-besaran dalam kalangan anjing dan mewartakan kawasan yang dijangkiti diteruskan.

“Setelah wabak rabies diisytiharkan sebagai Bencana Tahap II pada 25 Januari 2019, operasi bersepadu telah dirangka berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara yang melibatkan semua agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

“Selain itu kita meningkat-kan kesedaran awam melalui pelbagai saluran seperti media sosial, media cetak serta hebahan radio dan televisyen,” katanya semasa menjawab pertanyaan Datuk Amar Jamilah Anu (GPS-Tanjong Datu, pada Persidangan DUN di sini, semalam.

Tambah Sagah, pada 1 hingga 4 Mac 2019, Operasi Ber-sepadu Rabies Sarawak telah berjaya dilaksanakan di daerah Lundu.

Katanya, sebanyak 2,559 anjing telah disuntik iaitu 91.6 peratus daripada anggaran 2,794 anjing di Lundu manakala 673 anjing liar telah di ‘targeted removed’.

Mengenai tindakan kawalan penyakit rabies di kalangan anjing di sempadan, Sagah berkata kawalan pergerakan anjing antara kedua-dua belah negara adalah penting terutama di kawasan Teluk Melano dan Biawak.

“Pertamanya kerajaan telah membentuk ‘immune belt’ di mana anjing di sempadan perlu disuntik vaksin antirabies setiap tahun dan mengekalkan tahap imuniti sekurang-kurangnya 70 peratus.

“Keduanya, adalah mengharamkan pengimportan serta pergerakan anjing dari negara jiran,” katanya.

Beliau berkata antara lain menjalin kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI) di sempadan untuk meningkatkan ron-daan di sempadan masing-masing.

Sagah berkata langkah ke-empat adalah meningkatkan tahap kesedaran awam di tempat berkenaan.

Advertisement