Anda di sini

BTS Duo/Kumpulan Terbaik di Billboard Music Awards

Advertisement
 Kumpulan BTS bersama anugerah yang dimenangi mereka semasa  Billboard Music Awards  2019 di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas kelmarin.  — Gambar AFP
PENGIKTIRAFAN: Kumpulan BTS bersama anugerah yang dimenangi mereka semasa Billboard Music Awards 2019 di MGM Grand Garden Arena, Las Vegas kelmarin. — Gambar AFP

KUMPULAN K-pop sensasi BTS menjadi artis Korea pertama menerima anugerah Duo/Kumpulan Terbaik di Billboard Music Awards yang diadakan pada Rabu lepas.

Ini merupakan pencalonan pertama kumpulan itu di mana mereka harus bersaing dengan kumpulan-kumpulan popular di pentas antarabangsa seperti Dan + Shay, Imagine Dragons, Maroon 5, dan Panic! At the Disco.

Ini adalah trofi keempat Billboard Music Awards yang dimenangi oleh BTS. Sebelum ini mereka telah memenangi anugerah Artis Sosial Terbaik sebanyak tiga kali berturut-turut, termasuk tahun ini yang diserahkan kepada mereka semasa acara permaidani merah.

Satu-satunya artis Korea lain yang pernah memenangi anugerah di Billboard Music Awards adalah PSY, yang memenangi anugerah Lagu Striming Terbaik pada tahun 2013 untuk ‘Gangnam Style’.

Baru-baru ini, BTS muncul sebagai kumpulan pertama selepas Beatles yang mengungguli carta album muzik Amerika Syarikat (AS), Billboard 200, sebanyak tiga kali dalam tempoh kurang setahun.

Album tujuh lagi terkini BTS, ‘Map of the Soul: Persona’, yang dilancarkan pada 12 April, mengungguli carta Billboard 200 pada minggu 27 April selepas terjual sebanyak 230,000 unit yang setara dengan album di AS.

Ia adalah minggu terbaik sepanjang kerjaya kumpulan itu, menurutnya.

‘Persona’, pembuka siri album baharu BTS ‘Map of the Soul’, merupakan album No. 1 ketiga kumpulan itu yang mengungguli carta Billboard dalam tempoh hampir 11 bulan.

‘Persona’ yang dirakam dalam bahasa Korea juga merupakan album bukan berbahasa Inggeris keempat yang pernah mengungguli carta itu sepanjang tahun lepas, menurut Billboard.

Advertisement