Anda di sini

777 kaki pancing meriahkan Safari Memancing Kaul PMS

Advertisement
 Penyerahan kutipan dana untuk Wad Kanak-Kanak Hospital Mukah dan Sekolah Kebangsaan St Parish.
DANA: Penyerahan kutipan dana untuk Wad Kanak-Kanak Hospital Mukah dan Sekolah Kebangsaan St Parish.

SERAMAI 777 kaki pancing sekitar Mukah dan seluruh Sarawak memeriahkan Safari Memancing Kaul Ke-9 Press Metal Sarawak (PMS) di Mukah.

Ia diadakan di Tasik Cinta PMS terletak 38 kilometer dari bandar Mukah sempena Pesta Kaul 2019.

Terdapat enam kategori dipertandingkan iaitu kategori ikan patin, keli, pacu, sultan, ikan terberat dan ikan misteri terberat.

Kategori ikan terberat dimenangi Morgan Anthony Liam dari Bintulu dengan tangkapan seberat 5.5 kilogram (kg) membawa pulang wang tunai RM2,000, hamper dan peralatan memancing.

Kategori ikan misteri terberat dimenangi Samsiah Busrah dengan tangkapan seberat 0.18gram (g) membawa pulang wang tunai RM1,000, hamper dan peralatan memancing.

Bagi kategori ikan patin, tempat pertama dimenangi Ahmad Sanuri dengan tangkapan seberat 4.3kg membawa pulang wang tunai RM1,000, hamper dan peralatan memancing.

Manakala tempat kedua dimenangi Abdul Rahim Rosli (3.9kg) dan ketiga ialah Andrew Micheal Merum (3.7kg) masing-masing membawa pulang wang tunai RM700 dan RM500 serta hamper dan peralatan memancing.

Kategori ikan keli, tempat pertama membawa pulang wang tunai RM1,000, hamper dan peralatan memancing dimenangi Ruddy Carton (4.4kg) diikuti pemenang kedua, Kueh Kai Keat (4.3kg) dan ketiga Gregory Boniface (4.0kg) menerima wang tunai RM700 dan RM500 serta hamper dan peralatan memancing.

Bagi kategori ikan pacu, tempat pertama membawa pulang wang tunai RM1,000, hamper dan peralatan memancing dimenangi oleh Suhaili Pawi (4.7kg) diikuti dengan pemenang kedua, Muhd Adif Abdul (4.2kg) dan ketiga, Musa Carton (3.6kg) menerima wang tunai RM700 dan RM500 serta hamper dan peralatan memancing.

Sementara kategori ikan Sultan, tempat pertama membawa pulang wang tunai RM1,000, hamper dan peralatan memancing dimenangi Aruizrickaristian Patrick dengan tangkapan seberat 0.36g.

Selain itu, sepuluh cabutan bertuah keseluruhan bernilai RM1,000 berupa barangan elektronik turut dimenangi.

Selain memancing, acara itu juga berjaya mengutip sejumlah RM22,056 disumbangkan kepada Wad Kanak-kanak Hospital Mukah dan Sekolah Kebangsaan (SK) St Parish, Balingian Mukah.

Masing-masing menerima RM11,028.

Nurul Ashyidda Abdullah (Persatuan Profesional Kejururawatan Sarawak Mukah) merupakan wakil penerima Hospital Mukah manakala Rapiah Mohamad Itli wakil SK St Parish, Balingian.

Turut hadir Timbalan Pengurus Besar Press Metal Low Kwong Fei, Pengurus Perhubungan Awam dan Komunikasi Nina Melling, Timbalan Pengurus Kilang Wong Kee Ing, Pengerusi Kaul Fishing Safari 2019, Tirmidzi Jemali.

Hadir sama Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Che Ghazali Arbi, Timbalan Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Bintulu Timothy Alexander.

  • oleh
  • Advertisement