Anda di sini

Perluas program belia demi lahir pelapis berkualiti

Advertisement
SEBAHGIAN peserta merakamkan gambar album bersama Arifin sempena majlis itu.
SEBAHGIAN peserta merakamkan gambar album bersama Arifin sempena majlis itu.

MEMBAKUT: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Membakut, Datuk Arifin Arif menyambut baik penganjuran program belia di kawasan luar bandar yang dilihat dapat melahirkan generasi pelapis berkualiti.

Sambil mengalu-alukan penganjuran program sedemikian, beliau turut meminta supaya kementerian berkaitan belia di peringkat negeri serta persekutuan memperluaskan program bermanfaat itu ke seluruh Sabah.

Ini kerana katanya, program berkenaan mampu meningkatkan kebolehan belia dan sebagai persiapan untuk golongan berkenaan menggalas tanggungjawab untuk memimpin negara pada masa hadapan.

"Program yang diadakan ini sangat baik dan saya minta kerajaan negeri dan persekutuan supaya menganjurkan lagi program ini di kawasan saya pada masa akan datang selain memperluaskannya ke daerah lain di negeri ini bagi memastikan belia kita memiliki ilmu yang berguna.

"Saya yakin dan percaya program seumpama ini mampu memberi pendedahan kepada belia serta sebagai wadah kepada mereka untuk diterjemah dalam kepimpinan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Kursus Kepimpinan Organisasi Tahap 1 Peringkat Bahagian Beaufort 2019 dan Program Pemerkasaan Akar Umbi Beaufort 2019 dekat Binsuluk, pada Rabu.

  • oleh
  • Advertisement