Anda di sini

Lebih 1,000 meriahkan program pendidikan tinggi Taiwan di SMK Tinggi Sarikei

Advertisement
 Barisan tetamu kehormat menyempurnakan bersama program Taiwan Higher Education Fair in Sarawak 2019 di Dewan SMK Tinggi Sarikei, baru-baru ini.
DIRASMIKAN: Barisan tetamu kehormat menyempurnakan bersama program Taiwan Higher Education Fair in Sarawak 2019 di Dewan SMK Tinggi Sarikei, baru-baru ini.

SERAMAI 1,183 pelajar, ibu bapa dan guru hadir pada program ‘Taiwan Higher Education Fair in Sarawak 2019’ di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Sarikei, baru-baru ini.

Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Graduan Taiwan Sarawak bersama Persatuan Graduan Taiwan Sarawak cawangan Sarikei.

Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk memberikan pendedahan kepada golongan lepasan sekolah tentang peluang pendidikan untuk melanjutkan pendidikan berdasarkan minat dan kelayakan.

Melalui program ini juga para pelajar dan ibu bapa diberikan penerangan tentang peluang pendidikan yang ditawarkan institusi pendidikan luar negara.

Sebanyak 15 universiti dan institusi pengajian tinggi terlibat dalam menjayakan program ini dengan membuka kaunter penerangan berkaitan tawaran pendidikan yang disediakan masing-masing.

Program ini telah disempurnakan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sarikei Lau Ngie Tung.

Turut hadir ialah Pengerusi Gabungan Persatuan Alumi Universiti Taiwan Malaysia Lawrence Ting, Pengerusi Persatuan Graduan Taiwan Sarawak Ting Zhang Yuan, Pengerusi Graduan Taiwan Sarawak cawangan Sarikei Kaunselor Wong Siew Ming dan Pengetua Wong Sing Teck.

Advertisement