Anda di sini

Pukul isteri: Lelaki diarah bela diri

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan diperintahkan membela dirinya pada 10 Mei di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan mencederakan isterinya.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh itu terhadap Mohd Shahrul Nizam Mohd Saidi, 27, yang mana pada Selasa untuk keputusan kes pada peringkat akhir pendakwaan.

Dalam penghakiman itu, setelah menyemak semua bukti dan meneliti keterangan saksi, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tertuduh memukul dan menampar mangsa yang berusia 19 tahun, pada 27 Ogos tahun lalu jam 1 petang di sebuah rumah, Kampung Kibagu, Sepanggar.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326 A kanun sama, penjara selama tempoh setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.

Seksyen 326 A kanun sama memperuntukkan pemenjaraan bagi suatu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum yang mana boleh dikenakan atas sabitan.

Mohd Shahrul Nizam mula didakwa pada 13 November tahun lalu dan mengaku tidak bersalah.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah memberikan ikat jamin sebanyak RM2,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kupit melakukan pendakwaan, manakala peguam Narimah Nahalan dibantu Roxana Jamaludin bertindak untuk pembelaan.

  • oleh
  • Advertisement