Anda di sini

Lelaki bebas tuduhan menyimpan barang larangan

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan menarik nafas lega, apabila dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan menyimpan barang-barang larangan.

 Majistret Stephanie Sherron Abbie membebaskan dan melepaskan Goh Swee Tong, 45, yang mana pada Selasa untuk keputusan kes pada peringkat akhir pendakwaan.

Mahkamah membuat keputusan itu setelah mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa menyimpan pelbagai jenama rokok dan minuman keras bernilai RM314,448.88 yang dilarang import mengikut Butiran 1, Jadual Ketiga, Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017.

Kesalahan didapati dilakukan pada 13 Ogos 2017 jam 3.15 petang di Taman Soon Kiong, Jalan Kolam, Luyang.

Atas pertuduhan itu, Goh didakwa mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 135 (1)(iii)(aa) akta sama.

Sepanjang tempoh perbicaraan kes pada peringkat pendakwaan, seramai lapan saksi dipanggil memberikan keterangan.

Peguam Jul Hamri Jumhani mewakili Goh, manakala Pegawai Pendakwa Janet Linggu dari Jabatan Kastam mewakili pihak pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement