Anda di sini

Bunuh: Inspektor ketahui nasib 8 Ogos

Advertisement

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, menetapkan akan menyampaikan keputusannya pada 8 Ogos terhadap seorang inspektor polis yang didakwa membunuh teman wanitanya.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membuat keputusan itu terhadap Ahmad Rizal Umar, 36, selepas kes ditutup pada peringkat akhir pembelaan yang mana dua saksi dipanggil.

Sebelum ini, tertuduh dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan membunuh Kartini Borhan, 28, selepas kes ditutup pada peringkat akhir pendakwaan tanpa dipanggil membela diri.

Kesalahan dilakukan pada 29 September 2011 jam 4 pagi hingga jam 5 pagi di sebuah rumah Lot 7, Phase 5, Taman Andika, di daerah Keningau.

Pada 26 Januari 2016, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, setelah mengenepikan rayuan atas hukuman daripada pihak pendakwaan.

Namun pada 22 Mac tahun lalu, Mahkamah Persekutuan memerintahkan tertuduh membela dirinya atas pertuduhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit salah boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Peguam Ram Singh yang dibantu Ridwan Borhan mewakili Ahmad Rizal, sementara Timbalan Pendakwaraya Wan Farrah Farrizah Wan Ghazali dan Mohd Khairuddin Idris mewakili pihak pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement