Anda di sini

Terabai Menua santuni warga emas lumpuh separuh badan

Advertisement
 Ugik (kanan) bersama ahli-ahli TM menghulurkan sumbangan kepada Siguh (duduk) semasa menziarahinya.
SUMBANG: Ugik (kanan) bersama ahli-ahli TM menghulurkan sumbangan kepada Siguh (duduk) semasa menziarahinya.

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO), Terabai Menua (TM) baru-baru ini menghulurkan sumbangan kepada warga emas yang memerlukan.

Sigoh Entreng yang tinggal bersama anak dan menantunya di sebuah rumah setinggan di Jalan Riam di Miri, tidak dapat bekerja lagi gara-gara lumpuh separuh badan setelah diserang angin ahmar sejak sebulan lepas dan kini hanya mampu duduk di kerusi roda.

Ahli-ahli TM yang diketuai Ketua Biro Kebajikannya Ugik Jalit memberitahu, TM menghulurkan sumbangan berupa makanan dan lampin pakai buang untuk orang dewasa.

Menurut Ugik, pihak TM yang dimaklumkan mengenai kesusahan keluarga Siguh dan ditambah dengan apa yang menimpa Siguh, telah terpanggil untuk membantu beliau dan keluarganya.

Siguh yang berusia 65 tahun dan berasal dari Sri Aman, sudah lama menetap di Miri dan bekerja di Miri membantu anak dan menantu menyara keluarga mereka sebelum beliau diserang angin ahmar.

Sementara itu, orang ramai atau NGO lain yang prihatin dengan kesusahan yang menimpa keluarga berkenaan dan mahu menghulurkan sumbangan mereka boleh menghubungi menantu Siguh, Freedy di talian 014-3977983.

Advertisement