Anda di sini

Suspek kes tipu kerja di Kemboja direman empat hari

Advertisement
 Suspek ketika berada di bilik tahanan Mahkamah Kuching, semalam.
DIREMAN: Suspek ketika berada di bilik tahanan Mahkamah Kuching, semalam.

KUCHING: Suspek keenam kes penipuan kerja di Kemboja direman selama empat hari selepas permohonan polis diluluskan mahkamah di sini, semalam.

Lelaki berusia 26 tahun berkenaan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) pada jam 9.30 pagi di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Kuching Yang Arif Aida Montong.

Permohonan reman dibacakan ASP Pricha Azin.

Suspek diberkas polis sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching Khamis lepas sekembalinya dari melancong di Turki, Jakarta dan Pontianak.

Suspek direman untuk membantu siasatan kes penipuan pekerjaan di Kemboja membabitkan 47 warga Malaysia hujung tahun lepas.

Daripada 47 individu berkenaan, 40 berasal dari Sarawak dan masing-masing tiga dari Sabah serta Selangor, manakala seorang dari Kuala Lumpur.

Advertisement