Anda di sini

Sarawak Energy bantu penduduk pulihkan masalah katarak

Advertisement
 Penghuni rumah panjang mendengar prosedur ujian sebelum menjalani pemeriksaan mata.
TELITI: Penghuni rumah panjang mendengar prosedur ujian sebelum menjalani pemeriksaan mata.
 Pengurus Stesen Balingian, Daniel Sahari (duduk tengah) merakamkan gambar dengan pasukan perubatan, pemimpin masyarakat dari Rumah Jeffery, pasukan Sarawak Energy, sukarelawan dan sebahagian penghuni yang menjalani pembedahan katarak pada Julai.
BERBAKTI: Pengurus Stesen Balingian, Daniel Sahari (duduk tengah) merakamkan gambar dengan pasukan perubatan, pemimpin masyarakat dari Rumah Jeffery, pasukan Sarawak Energy, sukarelawan dan sebahagian penghuni yang menjalani pembedahan katarak pada Julai.
 Pakar optometri, Mohamad Noorhisyam Saperi dari Hospital Mukah menjalankan imbasan awal ke atas Madak Ingka (kiri).
TANGGUNGJAWAB SOSIAL: Pakar optometri, Mohamad Noorhisyam Saperi dari Hospital Mukah menjalankan imbasan awal ke atas Madak Ingka (kiri).

KIRA-KIRA 39 penghuni dari 20 buah rumah panjang yang terletak di sepanjang Jalan Bukut di Balingian menjalani pemulihan penglihatan akibat katarak di bawah program kendalian Sarawak Energy dengan sukarelawan dari Hospital Mukah.

Pasukan sukarelawan bergerak ini menjalankan imbasan awal ke atas kira-kira 130  penghuni yang menderita kerosakan penglihatan pada program dua hari bermulai 13 April lepas. Hasil daripada imbasan awal tersebut, seramai 39 penghuni dikenal pasti mempunyai tanda-tanda katarak dan dirujuk untuk ujian lanjut pada Julai.

Menerusi kejayaan Program Visi Mata iaitu program tanggungjawab sosial korporatnya yang pertama di Kapit dan Baleh pada 2017, Sarawak Energy turut menjalankan imbasan awal mata yang sama di Sungai Asap dan Murum pada Mac tahun ini.

“Katarak memusnahkan kualiti hidup masyarakat dan menjejaskan kumpulan yang berumur.

“Program ini yang bertujuan untuk memperbaiki penglihatan komuniti kita, merupakan pelaburan sosial yang bernilai,” kata Pengurus Besar bagi Tanggungjawab Sosial Korporat dan Kemampanan Sarawak Energy, Jiwari Abdullah.

Tambahnya, pembedahan katarak semakin mudah diakses dan Sarawak Energy katanya bersedia untuk melanjutkan program ini kepada komuniti Balingian.

Di bawah program ini, penghuni tidak perlu membayar apa-apa dan ini dapat meringankan beban mereka yang tidak mampu mendapatkan rawatan.

Program ini juga telah diberikan anugerah emas di bawah kategori Program Komuniti Terbaik pada Anugerah Tahunan CSR Global Ke-10 di Lombok, Indonesia tahun lepas.

Sarawak Energy berkolaboratif dengan Jabatan Ophthalmologi Sarawak dan Klinik Katarak Malaysia dan hospital.

Advertisement