Anda di sini

Lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan cabul

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang didakwa mencabul seorang wanita, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu di Mahkamah Majistret di sini.

Oleh itu Majistret Jessica Ombou Kakayun menetapkan pengurusan kes pasa 14 Mei terhadap Azdlan Jimran, 27, yang tidak diwakili peguam.

Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, menggunakan kekerasan jenayah mencabul mangsa seorang peniaga berusia 21 tahun, pada 22 April jam 8.10 malam di sebuah gerai di pasar malam Todak di sini.

Jika sabit salah boleh dikenakan penjara selama tempoh sepuluh tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit. 

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin tidak menawarkan tertuduh diberikan ikat jamin kerana tertuduh hanya pemegang Kad IMM13.

Ketika disoal mahkamah, Azdlan menyatakan kejadian berlaku ketika dirinya dalam keadaan mabuk.

Sementara menunggu kes selesai tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan diperintahkan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement