Anda di sini

Lelaki dipenjara lima tahun, satu sebat miliki senjata

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga asing yang mengaku salah memiliki senjata berbahaya di tempat awam, dikenakan penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Ummu Kalthom Abd Samad juga memerintahkan satu sebatan dikenakan terhadap Al-Kaisar Mazlan, 21, yang disabitkan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan, Letupan Dan Senjata Berbahaya 1958.

Hukuman yang diperuntukkan boleh dikenakan penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun dan sebat.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditangkap pada hari sama oleh polis, setelah menemukan senjata buku lima yang disimpan di dalam poket kanan seluar hadapan tertuduh.

Ketika rayuan Al-Kaisar yang tidak diwakili peguam menyatakan mempunyai seorang isteri dan dua anak, selain perlu menanggung  seorang ibunya yang tidak bekerja.

"Saya bekerja sebagai penjual ikan. Jika saya dipenjarakan, siapa yang akan membeli keperluan anak-anak saya," katanya dan mendakwa mempunyai kad IMM13.

Namun Timbalan Pendakwaraya Siti Amirah Muhammad Ali menyatakan kesalahan seperti itu sering berlaku dan serius.

Beliau memohon mahkamah mengambil kira kepentingan awam yang melebihi kepentingan peribadi tertuduh.

Oleh itu beliau menyatakan mahkamah harus mengenakan tempoh pemenjaraan yang lama terhadap tertuduh.

Setelah tamat hukuman penjara, Ummu Kalthom memerintahkan Al-Kaisar dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement