Anda di sini

Lelaki berhadapan hukuman gantung didakwa bunuh remaja

Advertisement
 

KOTA KINBALAU: Seorang lelaki tempatan berhadapan hukuman gantung, setelah didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang remaja di Asia City pada tahun lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripada Sisal Benigno, 41, yang dibawa di hadapan Majistret Jessica Ombou Kakayun.

Tertuduh didakwa membunuh Mohamad Nazim Khairol, 18, pada 18 Febuari 2018 berhampiran restoran Ibunda, Singgah Mata, Asia City di sini.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Albert Basirin tidak menawarkan tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan diberikan ikat jamin.

Beliau juga memohon suatu tarikh sebutan baharu ditetapkan, sementara pihaknya menunggu arahan untuk meminta kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 22 Mei terhadap tertuduh yang berasal dari Sandakan dan diperintahkan direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah.

  • oleh
  • Advertisement