Anda di sini

37 ditahan dalam operasi banteras penyalahgunaan dadah

Advertisement
 SEBAHAGIAN suspek yang ditahan dalam Ops Sarang dalam tempoh seminggu.
SEBAHAGIAN suspek yang ditahan dalam Ops Sarang dalam tempoh seminggu.

KOTA KINABALU: Polis berjaya menahan seramai 37 individu dalam tempoh seminggu operasi pembanterasan dadah di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata operasi bermula 20 hingga 26 April itu dijalankan di beberapa kawasan termasuk Kampung Suang Parai, Pulau Penampang, Inanam, Cenderamata Likas dan sekitar kawasan bandaraya.

“Hasil operasi berjaya menahan 37 individu termasuk 29 warga tempatan dan lapan warga asing berumur 16 hingga 55 tahun.

“Daripada jumlah tangkapan terbabit, dua ditahan mengikut kategori bekalan dan pengedaran, lapan individu memiliki dadah manakala 27 yang lain positif dadah selepas ujian urin dijalankan,” katanya.

Sepanjang tempoh operasi, pihaknya berjaya merampas 156 gram ganja dan 8.80 gram syabu yang dianggarkan bernilai RM7,680 mengikut harga pasaran dadah semasa.

Habibi berkata usaha itu juga diperkasakan dengan meningkatkan Ops Tapis yang dijalankan sebanyak 18 kali.

Tambahnya, lima penagih dikehendaki turut ditahan semasa Ops Sarang di kawasan Suang Parai dan Pulau Penampang.

  • oleh
  • Advertisement