Anda di sini

Putera William hadiri acara Hari ANZAC di New Zealand

Advertisement
 Ardern menyapa dalam adat tradisi tempatan ‘hongi’ dengan rombongan                    yang menyambut ketibaannya bersama dengan Putera William di Terminal Gerakan Udara RNZAF di Christchurch, New Zealand semalam. — Gambar AFP
BERAMAH MESRA: Ardern menyapa dalam adat tradisi tempatan ‘hongi’ dengan rombongan yang menyambut ketibaannya bersama dengan Putera William di Terminal Gerakan Udara RNZAF di Christchurch, New Zealand semalam. — Gambar AFP

WELLINGTON: Putera William dari Britain memberi penghormatan kepada anggota tentera Australia dan New Zealand semalam di satu acara Hari ANZAC yang emosional, enam minggu selepas pembunuhan beramai-ramai di masjid di Christchurch.

Baginda, yang berada di New Zealand untuk berjumpa dengan mangsa yang selamat dalam serangan pada 15 Mac lalu di mana 50 orang terbunuh, meletakkan kalungan bunga di acara tahunan yang memberi penghormatan kepada mereka yang pernah berkhidmat dalam angkatan tentera kedua-dua negara.

Perdana Menteri Jacinda Ardern memberitahu satu acara subuh sempena Hari ANZAC bahawa pembunuhan beramai-ramai pada 15 Mac menunjukkan “masih banyak perpecahan yang perlu diatasi” di dunia dan menuntut komitmen semula “kepada prinsip kebebasan, demokrasi dan keamanan yang diperjuangkan oleh negara ini”.

New Zealand pada minggu lepas menurunkan tahap ancaman pengganas daripada tinggi kepada sederhana, yang bermakna satu lagi serangan dijangka “boleh laksana” dan bukannya “sangat berkemungkinan”.

Walaupun demikian, jumlah acara ANZAC di Auckland dikurangkan untuk mengelak daripada terlalu membebani pasukan keselamatan.

Hari ANZAC memperingati pendaratan tentera Australia dan New Zealand pada 25 April 1915 di Gallipoli, semenanjung Turki, dalam kempen Perang Dunia Pertama yang malang menentang tentera Othmaniah yang disokong oleh Jerman.

Lebih 10,000 anggota tentera Australia dan New Zealand terkorban dalam kempen itu, dan walaupun ia gagal dalam objektif ketente-raannya, ia mewujudkan acara peringatan bagi meraikan keberanian dan persahabatan erat yang mengikat kedua-dua negara.

Putera William duduk di sisi Ardern sewaktu acara meletakkan kalungan bunga di Auckland War Memorial Museum manakala puluhan anggota polis bersenjata berkawal dan penembak hendap kelihatan di atas bumbung bangunan.

Ratusan warga Australia dan New Zealand pergi ke Gallipoli setiap tahun untuk menyertai acara peringatan subuh di Anzac Cove, di mana anggota tentera mendarat dahulu.

Acara subuh yang sama diadakan di Australia di mana Perdana Menteri Scott Morrison menepis laporan tentang komplot untuk menyasari acara Gallipoli ekoran pe-nangkapan seorang suspek yang disyaki anggota kumpulan Daesh di Turki.

Menteri Hal Ehwal Veteran Australia Darren Chester sebelum itu memberitahu badan penyiaran ABC bahawa polis Turki telah menangkap sese-orang “yang didakwa terlibat dalam aktiviti yang direka untuk mengganggu acara Hari ANZAC di Gallipoli”.

Namun Morrison kemudian berkata penangkapan itu merupakan “perkara rutin yang kita telah lihat berlaku dengan pihak berkuasa Turki”.

“Kita tidak dapat menyata-kan dengan jelas bahawa penangkapan itu ada sebarang kaitan dengan sebarang acara yang dirancang di Gallipoli,” katanya kepada pemberita.

Di New Zealand, ketua Persatuan Belia Muslim Azeem Zafarullah berkata ia adalah penting bagi masyarakat Muslim untuk menyertai acara Hari ANZAC, ekoran pembunuhan beramai-ramai di Christchurch.

“Ia adalah penting bagi kita untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa kita di sini untuk mewakili negara kita kerana kita adalah warga negara yang setia,” katanya.

Zafarullah berkata masyarakat Muslim telah menerima banyak sokongan ekoran pembunuhan beramai-ramai di masjid, dan berkata: “Ia adalah penting bagi kami untuk menunjukkan balik

Putera William tidak bercakap di acara Hari Anzac itu tetapi dijangka menyampaikan ucapan pada hari ini apabila baginda berjumpa dengan mangsa yang selamat dalam serangan masjid di Christchurch.  — AFP

Advertisement