Anda di sini

PDRM minta bantuan pengendali FB kesan pemilik ‘Sabah Sarawak Merdeka’

Advertisement

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapatkan bantuan daripada pengendali pusat laman sosial Facebook bagi mengesan pemilik akaun Facebook (FB) ‘Sabah Sarawak Merdeka’ yang cuba mencetuskan provokasi dalam negara.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah mengemukakan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) untuk mendapatkan bantuan daripada pusat berkenaan.

“Pada satu ketika Facebook ini diblok, tetapi beberapa hari lepas tu dibuka semula, jadi kita syaki mereka yang bertanggugnjawab berada di luar negara.

“Alamat Domain IP (protokol Internet) digunakan di luar negara, ini agak menyukarkan kita, kalau dibuat dalam negara kita yakin dapat tangkap mereka yang tidak bertanggugnjawab, jadi kita memerlukan bantuan rakan dari luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Istiadat Peng-anugerahan Pingat Jasa Pah-lawan Negara Kontinjen Perak di sini semalam.

Menurut Mohamad Fuzi, setakat ini 523 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung penghinaan institusi diraja dengan 472 daripadanya laporan khusus terhadap penghinaan Yang di-Pertuan Agong.

“Dakwaan pihak tertentu bahawa polis tidak mengambil tindakan secukupnya tentang perkara ini amat tidak tepat dan tidak berasas sama sekali.

“Kita memburu suspek yang terlibat dalam membuat posting tidak bertanggung-jawab yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam. Sekiranya kita biarkan mereka bergerak secara berleluasa, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 41(a) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia. — Bernama

Advertisement